SEJARAH


SEJARAH PENUBUHAN SMK MEGAT DEWA

Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa pada mulanya di tubuhkan sebagai sekolah menengah cawangan kepada sekolah menengah Permatang Bonglai, Ayer Hitam, Kedah Darul Aman pada 1 januari 1979. Pada masa itu sekolah ini menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan Megat Dewa dan sesi pengajiannya di adakan pada sebelah petang

Setelah beberapa kajian di buat, akhirnya sekolah ini di wujudkan berasingan daripada sekolah asalnya. Mulai 1 januari 1982 sekolah ini di kenali sebagai Sekolah Menengah Batu 20, Jalan Kodiang. Kod sekolah ini ialah KEA 4060. Sekolah ini mula menggunakan bangunan sendiri yang terletak kira-kira 1km dari Pekan Megat Dewa.

Luas tapak ekolah ini ialah 6.49 hektar (16ekar). Pada asalnya sekolah ini mengandungi 2 blok bangunan 2 tingkat, sebuah kantin, rumah janakuasa elektrik, bengkel seni perusahaan dan sebuah bangsal basikal.

Pada tahun 1982, jumlah pelajar sekolah ini hanya 286 orang tetapi pada tahun 1983 jumlah itu meningkat kepada 392 orang dan menjadi 522 orang pada tahun 1984. Memandangkan perkembangan ini, bilik-bilik kelas perlu di tambah untuk menampung pertambahan pelajar. Di bawah projek segera Jabatan Pendidikan Kedah, 2 buah blok bangunan 1 tingkat yang mengandungi 10 bilik darjah dibina dan siap pada bulan disember 1984

Sekolah ini telah di rasmikan pada 2 Ogos 1986 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir B. Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Kedudukan sekolah ini yang terletak jauh dari Pekan Megat Dewa iaitu 1 kilometer dan 1.5 kilometer dari jalan utama Jitra-Kodiang maka tidaklah terdapat perkhidmatan bas harian. Hal ini merupakan satu masalah besar bagi sebahagian staf dan pelajar sekolah ini. Antara usaha yang di buat bagi mengatasi masalah ini ialah dengan memohon rumah guru dan asrama. Ekoran daripada itu, 4 unit rumah guru telah dibina . Projek ini dijalankan secara gotong-royong dan dimulakan pada awal tahun 1988. Asrama desa pula diwujudkan pada penggal ke-2 sesi persekolahan 1991.
Sebagai sokongan dan keperluan kepada kemajuan sekolah, pada 31 Januari 1983,Persatuan Ibu Bapa Dan Penjaga telah ditubuhkan. Sehingga kini PIBG sekolah ini telah banyak memberikan sumbangan tenaga, kewangan dan sokongan moral dalam memajukan sekolah.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "SEJARAH"

Post a Comment

Copyright 2009 4_5 BESTARI
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates