INFO ASAL USUL NAMA PERPUSTAKAAN

LATAR BELAKANG PUSAT SUMBER BAITUL HIKMAH

Diasaskan oleh Khalifah Harun ar-Rasyid bin Muhammad Al-Mahdi, khalifah Abbasiyah yang kelima selepas saudaranya iaitu al-Hadi. Beliau merupakan anak ketiga kepada Al-Mahdi. Dilahirkan di Ar-Rayy pada bulan Zulhijjah tahun 145 Hijrah bersamaan dengan 765 Masehi di tengah-tengah kota Baghdad. Beliau mementingkan pembangunan dan perkembangan ilmu pengetahuan sehingga pelbagai perubahan berlaku sewaktu dibawah pemerintahan beliau. Khalifah Harun ar-Rasyid berjaya mencipta kejayaan terunggul pada zaman pemerintahannya. Kejayaan ini disebut sebagai Zaman Keemasan Islam. Beliau wafat di Tus pada tahun 193 Hijrah dalam usia 44 tahun. Ketika itu beliau dalam perjalanan ke Khurasan untuk menumpaskan pemberontakan yang berlaku di sana.
Memandangkan banyak buku yang sedia terkumpul, maka terlintas di fikiran Khalifah al-Mansur (Khalifah sebelum Khalifah Harun) untuk membina satu tempat khas dan mengasaskan tempat tersebut dengan diberi nama Baitul Hikmah. Walau bagaimanapun semua kegiatan ilmu pengetahuan dan penjagaannya merupakan satu usaha cemerlang yang telah dijalankan oleh Khalifah Harun. Beliau telah menambahkan usaha-usaha kegiatan dengan lebih sempurna dalam perkembangan bidang pengetahuan.
Pelbagai gelaran diberikan kepada Baitul Hikmah antaranya ialah Dar al-Hikmah dan Khazanat Al-Hikmah. Baitul Hikmah juga menjalar kepada maksud yang banyak seperti ‘Rumah Bijaksana’, ‘Pusat Perkembangan Ilmu Pengetahuan’, ‘Balai Ilmu dan Perpustakaan’, ‘Rumah Pustaka’, dan ‘Rumah Pengetahuan’. Seiring dengan namanya yang memberi seribu erti, fungsinya pula memberi sejuta kelebihan. Baitul Hikmah merupakan sebuah institusi kebudayaan dan pusat penyebaran ilmu pengetahuan yang terulung pada ketika itu dan merupakan pusat kegiatan ilmu pengetahuan yang terbesar di Baghdad. Baitul Hikmah merupakan tempat simpanan dan pengumpulan buku. Ia juga satu kombinasi daripada sebuah perpustakaan, pusat akademi dan balai penterjemahan, di samping juga sebagai lambang pendidikan yang terpenting dan dapat menandingi kemasyhuran Perpustakaan Iskandariah. Hal ini disebabkan di dalam Baitul Hikmah terkandung tiga puluh juta buku yang berjilid.
Oleh sebab rasa tanggungjawab sebagai seorang khalifah, Khalifah Harun berusaha dengan gigih untuk memperkenalkan ilmu pengetahuan dan menyediakan tempat khas untuk bahagian penterjemahan di Baitul Hikmah.
Dengan terbinanya Baitul Hikmah, ini telah melambangkan bahawa ilmu pengetahuan telah tersebar dalam negara Islam. Justeru itu pada akhir kurun ke-2 Hijrah, kota Baghdad menjadi pusat terpenting ilmu pengetahuan dalam tamadun Islam. Akhirnya segala kegiatannya ini disambung oleh anaknya, Khalifah al-Makmun.
Di Baitul Hikmah juga menjadi tempat para cendikiawan dan peneliti sering berkumpul untuk menterjemahkan dan berbincangkan masalah ilmiah. Perpustakaan tersebut benar-benar mempunyai potensi yang sangat besar dalam mengembangkan ilmu kedoktoran, kimia dan falak di mana eksperimen dan penelitian ilmiah selalu berjalan seiring. Pada saat itu khalifah dan hartawan banyak berjasa dalam pengadaan buku-buku langka dan memberikan kemudahan bagi para cendekiawan. Misalnya, khalifah Harun Ar-Rasyid yang melokasikan suatu tempat dalam istana untuk tempat buku-buku langka, baik yang berbahasa Arab mahupun bahasa yang lain. Pada masa puteranya, Al-Makmun, koleksi buku-buku itu bertambah banyak hingga mencapai beribu-ribu judul dan jilid. Terdapat pelbagai karya sarjana tempatan dan karya yang diperterjemahkan ke Bahasa Arab dariapda Bahasa Parsi, Yunani, Cina dan India. Khalifah al-Makmun mengambil inisiatif membawa masuk khazanah karya-karya Yunani yang diambil dari Pulau Cyprus dan Istambul.
Peranan Baitul Hikmah ketika itu ialah sebagai pusat pertemuan para sarjana, pusat penterjemahan, pusat sumber, pusat penyelidikan ilmiah, pusat latihan para ilmuan, para cendikiawan, dan inetelektual muslim yang menterjemahkan tulisan-tulisan filsuf Yunani, Roman ke Bahasa Arab mendapat penghargaan yang sangat tinggi dari Al-Makmun. Perkembangan dunia Islam mengalami perkembangan yang sangat pesat dengan melalui ilmu pengetahuan Baitul Hikmah telah mendorong perubahan yang sangat luar biasa di dunia Islam, seperti Ilmu Matematik, kedoktoran, Fizik, ilmu kemasyarakatan menjadi area pembincangan publik umat saat itu. Baitul Hikmah juga dianggap lembaga penerjemah yang berfungsi sebagai perguruan tinggi, perpustakaan, dan penelitian.
Khalifah al-Makmum menggerakkan gerakan mengimport dan menterjemahkan karya-karya peradaban asing, malah diujikan kesahihannya oleh para cendekiawan Islam tempatan. Sesuatu yang menarik ialah cendekiawan Islam ini biarpun sangat sarjana dalam satu-satu bidang, namun ia bukan satu halangan bagi mereka untuk turut serta dalam siri perdebatan, pembincangan dan penyelidikan ilmiah di luar kesarjanaan mereka.
Contohnya, biarpun Ibnu Sina sangat pakar dalam jurusan kedoktoran moden melalui karyanya al-Qanun fi al-Tibb, namun beliau juga mempelopori bidang kefalsafahan Yunani kuno, tafsir, sosiologi dan spiritual di Baitul Hikmah.
Tradisi pemikiran dan keilmuan dalam Islam berkembang cukup pesat dengan dimulainya aktivitas penerjemahan karya-karya Yunani kuno ke dalam bahasa Arab. Baitul Hikmah menjadi pusat kegiatan yang sekaligus menjadi pintu masuk bagi pemikiran filsafat Yunani kuno ke dalam tradisi Islam. Tampilnya para filosof dan saintis Muslim seperti al-Kindi, al-Farabi, al-Khawarizmi dan Ibn Sina tidak terlepas dari keuntungan yang mereka peroleh dari aktiviti peterjemahan dan memahami kesusasteraan Yunani di Baitul Hikmah.
Baitul Hikmah itu juga dilengkapi dengan fasiliti laboratorium dan peralatan-peralatan penelitian yang sangat canggih di zamannya untuk menguji dan mengembangkan teori-teori saintifik Yunani.
Dari segi jumlah buku dalam Baitul Hikmah dan cara pengurusan institut tersebut adalah tiada tandingannya. Dengan tidak kurang dari seratus ribu volume, lebih kurang sebanyak enam ratus ribu jilid buku, termasuk dua ribu empat ratus buah Al-Qur’an berhiaskan emas, perak, gangsa, belian, permata, mutiara, dan intan disimpan di dalam sebuah ruang yang terpisah, juga berisi sekitar enam ratus ribu volume yang secara berhati-hatinya dipilih dan dikelaskan oleh para penyalur buku pada masa itu yang ahli adalah daripada semua pasar buku-buku Islam. Baitul Hikmah dipimpin oleh sebuah staf yang cukup besar, terdiri dari para pustakawan, penyalin dan penjilid di dalam scriptorium. Dalam satu sudut, biasanya dan kebanyakannya berisi buku-buku langka, masterpiece-masterpiece kaligrafi, memperkerjakan enam orang penyalin yang bekerja sepenuh waktu. Baitul Hikmah juga berisi seribu Al-Qur’an tulisan tangan dan sepuluh ribu empat ratus buah buku dalam pelbagai bidang. Di Baghdad terdapat seratus tokoh buku dan ulama yang tinggal di situ dan tidak kurang dari belapan ribu orang yang juga bertugas secara sukarela di Baitul Hikmah. Ibn Ishaq Nadim telah menulis buku yang berjudul al-Fihrist (Katalog) yang membicarakan buku-buku serta pengarangnya hingga abad-10 masehi. Buku ini merupakan karya bibliografi dan katalog yang paling lengkap tentang manuskrip-manuskrip yang ditulis atau diterjemahkan oleh sarjana muslim, boleh dan pernah didapati di dalam Baitul Hikmah.
Sedangkan pada saat yang sama dunia Eropah masih berada dalam zaman atau era kegelapan. Bangsa Eropah ketika itu sedang berada dalam keadaan kekurangan buku dan perpustakaan. Dalam abad ke-9 Masehi, Perpustakan Katedral di Bandar Kensington hanya menyimpan tiga ratus lima puluh enam buah buku saja dan Perpustakaan di Hamburg mempunyai sembilan puluh enam buah buku saja. Ini menunjukkan umat Islam saat itu sangat unggul dalam kecintaan dan penghargaannya terhadap buku dan ilmu. Bahkan bangsa Eropah tatkala itu menjadikan peradaban Islam sebagai acuan gaya hidupnya sebagaimana sekarang bangsa Timur menjadikan Barat sebagai ukuran kemajuan.
Dari segi bayangan dan gambaran ahli sejarah, Baitul Hikmah merupakan satu bangunan yang amat besar skalanya yang tidak boleh dibayang bagaimana bentuknya. Ada yang mempertikaikan bahawa ia bergabung dengan istana Khalifah Harun dan mempunyai masjid besar bersebelahan Baitul Hikmah. Ada juga yang mempertikaikan bahawa tiang-tiang Baitul Hikmah disaluti emas, pintunya emas bermutiara dan berpermaidani perak. Ada juga mengatakan bahawa terdapat taman yang indah boleh didapati di dalam dan di tengah-tengah Baitul Hikmah.
Walau bagaimanapun Baitul Hikmah telah musnah dan bertukar menjadi debu apabila kedatangan tentera Tatar dan pasukan Moghul ke Baghdad pada tahun 606 hijrah. Atas akibat banjir sungai Euprat dan kebakaran besar yang terjadi di Bagdad, lenyaplah sebahagian jumlah besar buku-buku di institut terulung itu.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "INFO ASAL USUL NAMA PERPUSTAKAAN"

Post a Comment

Copyright 2009 4_5 BESTARI
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates