skip to main |
skip to sidebar
Majlis Pelancaran Program Bestari Sekolah Luar Bandar telah diadakan pada 5 Mei 2009 di SMK (Felda) Besout, Sungkai, Perak. Program tersebut telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Hj. Alimuddin b. Hj. Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Sebanyak 15 sekolah luar bandar telah terpilih yang mewakili setiap negeri. Senarai sekolah-sekolah tersebut adalah seperti berikut.
1 SK Arau, Arau, Perlis
2 SMK Megat Dewa, Kodiang, Kedah
3 SJK (C) Mah Hua, Tasek Gelugor, Pulau Pinang
4 SMK (Felda) Besout, Sungkai, Perak
5 SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor
6 SJK (T) Vageesar, Kuala Selangor, Selangor
7 SK Palong 14(F), Gemas, NegeriSembilan
8 SK Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka
9 SK Peserai, Batu Pahat, Johor
10 SK Cherok Paloh, Kuantan, Pahang
11 SK Tasik Cini, Pekan, Pahang
12 SK Tok Randok, Ajil, Terengganu
13 SK Jambu Lawar, Machang, Kelantan
14 SMK Sematan, Sematan, Sarawak
15 SMK (A) Mohamad Ali, Ranau, Sabah
Program-program bestari yang sedang dan akan dilaksanakan kepada 15 sekolah ini merangkumi perkara-perkara berikut:-
- Penyediaan alat-alat inovatif serta aplikasi untuk pengurusan sekolah, pengajaran dan pembelajaran
- Pengurusan perubahan untuk guru besar, pengetua dan guru-guru.
- Latihan tambah nilai pengintegrasian bahan-bahan berasaskan ICT
- Pemantauan secara on-site oleh pembimbing dari Institusi Pengajian Tinggi Awam
Selain daripada itu juga, dua sekolah telah dipilih untuk dijadikan sebagai sekolah showcase luar bandar. MDeC bersama-sama gabungan 10 syarikat tempatan dan syarikat multinasional akan menaiktaraf infrastruktur bilik darjah yang terpilih, perisian serta aplikasi dan latihan tambah nilai. Dua (2) sekolah tersebut adalah SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru, Selangor dan SK Palong (14) (F), Gemas, Negeri Sembilan.
0 Response to "Pelancaran Program Bestari Sekolah Luar Bandar"
Post a Comment