Tanggal 30.7.2009, khamis seorang pelajar baru telah berpindah ke sekolah SMKMD dan dikelaskankan di kelas kami.Nama pelajar itu Ainin Ashifa.Dia adalah dari sekolah Tunku Bendahara.Kami dari 4bestari berharap anda selesa dengan kami Ainin.Sekian
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

HADIAH PELAJAR HIGHER B.I

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Matrikulasi

Program Matrikulasi

Program Matrikulasi merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama dalam bidang Sains Teknologi dan Perakaunan. Program Pra-Universiti ini telah dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza dan hasil dari program pra-universiti ini telah melahirkan banyak cendakiawan dan tenaga mahir dalam bidang profesional dan kritikal.

4040

Langkah KPM mengambilalih Program Matrikulasi merupakan satu tindakan yang wajar bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut. Pengambilalihan ini berlaku secara berperingkat dengan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil kumpulan pertama (Perintis) di kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM pada awal tahun 1999. Pelajar-pelajar ini telah ditempatkan di Kolej Yayasan Pelajaran Mara Bangi. Kolej Matrikulasi Melaka di Londang dan Kolej Matrikulasi Labuan telah membuat pengambilan pertama pada bulan Julai 1999. Kolej Matrikulasi Melaka dapat menampung 3000 orang pelajar, manakala Kolej Matrikulasi Labuan sejumlah 500 orang pelajar dengan menggunakan kampus sementara di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Tambahan 3 kolej telah mula beroperasi pada tahun 2000 iaitu Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan Kolej Matrikulasi Perlis. Pada sesi 2002/2003, kampus tetap Kolej Matrikulasi Labuan, Kolej Matrikulasi Perak dan Kolej Matrikulasi Johor telah membuat pengambilan yang pertama. Kolej Matrikulasi Kedah dan Kolej Matrikulasi Pahang pula mula beroperasi pada sesi 2003/2004.

Selain daripada 9 buah kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, 2 buah pusat/kolej lain yang turut mengendalikan program ini adalah Kolej MARA Kulim dan Kolej MARA Kuala Nerang. Gagasan Penubuhan BMKPM bermula pada September 1998, untuk menyeragam dan menyelaras semua Program Matrikulasi/Asasi yang selama ini dikendalikan oleh IPTA. Objektif BMKPM selari dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang berwawasan, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan demi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia untuk kemajuan negara. BMKPM kini telah melangkah ke tahun ke-6 sejak penubuhannya dan telah membuat sebanyak 8 ambilan bermula tahun 1999 hingga tahun 2004.

Walaupun Program Matrikulasi dikendalikan sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, ini tidak bermakna peranan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak diperlukan lagi. Dari peringkat awal Bahagian Matrikulasi ditubuhkan sehingga kini, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia berada di landasan dan hala tuju yang betul. IPTA terlibat secara langsung dengan penggubalan kurikulum program, penggubalan soalan peperiksaan, penaksiran soalan peperiksaan dan pemeriksaan kertas jawapan peperiksaan. Pengambilalihan Program Matrikulasi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tidak menjejaskan kuantiti dan kualiti pelajar bumiputera dan berorientasi untuk menyediakan pelajar yang lebih berdaya saing dan lebih beriltizam. KPM telah diberi tanggungjawab yang berat dalam usaha Kerajaan memperbanyakkan lagi lulusan Bumiputera yang layak mengikuti pengajian di peringkat Ijazah pertama khususnya dalam bidang Sains dan Teknologi.



Sumber Maklumat: Kementerian Pelajaran
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Menghalang Pornografi

Menghalang Pornografi

hyat_sewa_komputer_3

Kebanyakan perisian akan menghalang URL tertentu yang disyaki laman lucah

Antara isu yang sering dikaitkan dengan Internet adalah pornografi. Tidak dinafikan, bahan lucah menjadi sebahagian daripada tarikan utama penggunaan Internet. Terdapat puluhan malah ratusan ribu laman web lucah komersial mahupun amatur di dalam Internet dan paling menakutkan, ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

Sesetengah bijak pandai berpendapat, meningkatnya kadar jenayah seksual seperti rogol berpunca daripada kehadiran laman-laman sebegini. Adakah kita mahu membiarkan sahaja minda suci adik-adik dan anak-anak kita dicemari budaya kuning ini?



Menyedari bahaya pornografi Internet, pembangun perisian dan cendikiawan IT mula membina perisian untuk menghalang laman-laman ini daripada dimasuki mereka yang masih mentah. Kebanyakan perisian akan menghalang URL tertentu yang disyaki laman lucah. Namun ia belum mencukupi. Terdapat beribu laman web baru dan ada yang berselindung di sebalik nama yang agak ‘bersih'. URL sebegini biasanya akan terlepas pandang oleh perisian anti pornografi biasa.





Pornografi bukan sekadar memberi masalah kepada kanak-kanak, malah turut mendatangkan kesan buruk kepada produktiviti syarikat di mana kebanyakan pekerja mempunyak akses Internet. Menurut statistik standard Industri tahun 2000, 70 peratus trafik laman lucah berlaku antara jam sembilan pagi hingga lima petang. Menurut CBS Marketwatch pula, dua pertida daripada syarikat-syarikat yang ada mempunyai masalah pekerja-pekerja menyalahgunakan Internet untuk melayari laman porno.


Setakat ini, antara perisian paling berkesan menghalang gambar lucah (dari Internet) daripada mengisi skrin-skrin komputer adalah iShield. Ia menggunakan enjin pengesan canggih untuk menganalisa dan menghalang imej-imej lucah. Walaupun tidak 100 peratus sempurna, perisian ini boleh dianggap berjaya dalam menapis imej-imej lucah daripada perayau web anda.



iShield mengambil pendekatan unik dalam mengenal pasti imej tidak bermoral Internet dan menghalangnya daripada dipaparkan di skrin anda. Ia menggunakan tiga langkah untuk memproses imej-imej sebelum dipaparkan di skrin.




1) Pemproses imej digital menganalisa imej bagi menentukan sama ada ianya lucah atau tidak.

Analisis dilakukan ke atas beberapa faktor seperti tona warna kulit, tekstur, sempadan obejk, jisim, bentuk kaki dan tangan, serta muka. Biasanya imej gambar bogel mempunyai ciri-ciri sama merangkumi kesemua faktor di atas.



2) Hasil analisa imej dan teks pada skrin digunakan untuk menentukan tahap kelucahan imej tersebut.

Selain imej, sokongan teks juga membantu menentukan jenis gambar yang akan dipaparkan. Jika teks pada laman tersebut mempunyai perkataan lucah yang biasa digunakan, secara automatik ia diklasifikasikan sebagai imej lucah.



3) iShield akan menghalang imej lucah sebelum ia dipaparkan pada skrin.

Beberapa cara digunakan untuk menghalang gambar daripada dipaparkan. Gambar-gambar tersebut boleh ditukar dengan gambar sedia ada pada fail pengguna atau menggunakan default iShield berupa gambar perisai. Pengguna juga boleh membiarkan sahaja imej tersebut dipaparkan tetapi merekod setiap paparan imej lucah tersebut.



Seperti yang dikatakan, iShield hampir sempurna dalam menapis bahan-bahan lucah tetapi masih tidak dapat lari daripada kekurangan. Ada kalanya, gambar-gambar tidak lucah tetapi mempunyai kriteria hampir sama dengan gambar lucah turut dihalang.

Sebagai contoh, gambar bayi atau kanak-kanak (tona warna kulit) atau gambar orang dewasa sedang berkelah di tepi pantai (bentuk dan sempadan objek). Bagaimanapun, iShield mengatasi kelemahan ini dengan meletakkan kadar penyelarasan tahap kelucahan yang boleh ditetapkan oleh pemilik komputer.



Kadangkala, laman web perubatan atau pendidikan tertentu yang tidak lucah turut dihalang oleh iShield (disebabkan teks tertentu). Kelemahan ini diatasi dengan membenarkan pengguna meletakkan alamat laman tersebut ke dalam senarai Putih (White List). Sebaliknya, jika laman web yang tidak mempunyai kriteria lucah tetapi menyinggung perasaan pengguna, boleh diletakkan ke dalam senarai Hitam (Black List) kerana laman sebegini biasanya akan terlepas dari pemerhatian iShield.



iShield juga mempunyai kesukaran dalam menganalisa laman web atau file grafik yang mempunyai kualiti imej kurang bermutu atau cahaya latar terlebih cerah. Jadi apa terlepas hanyalah imej lucah tidak ber'kualiti' (kualiti dimaksudkan adalah dalam istilah fotografi).



Kesimpulannya, cara terbaik menghalang gejala pornografi Internet adalah melalui kesedaran dan pendidikan moral. Secanggih manapun perisian yang digunakan, masih ada kelemahan dan cara yang digunakan untuk mengatasinya. Seperti kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Serangan Trojan dan Penyelesaian

Serangan Trojan dan Penyelesaian

Tanda-tanda:

*
Desktop Hijacker.About Your Policy
*
Tojan.Net-MSV/VPS
*
Trojan.Net-WMP/NMC
*
Trojan VideoCach/Gen

Ia akan hilang sekejap apabila dibuang secara manual, iaitu dengan delete fail shortcut di desktop komputer. Apabila computer ditutup dan dibuka semula, ia akan aktif kembali.

Tanda kehadirannya:

*
Wallpaper dekstop akan berubah
*
Di desktop terdapat tiga fail(yang sudah tersedia ’shortcut’ di desktop)
*
Internet Explorer akan terbuka secara automatic
*
Terdapat pop-up mesej “your privacy is danger”
*
Lebih dasyat lagi segala maklumat dalam komputer dipaparkan di skrin
*
Anda dipaksa membeli antivirus@antispyware.
*
Browser Internet Explorer (IE) akan diserang.
*
Menu security diubah (walaupun telah menetapkan setting HIGH). Lokasi fail ikonnya c:windows\wmpdev.

Penyelesaian:

*
Jangan memuat turun sebarang perisian (software) yang dicadangkan
*
Tutup wallpaper tersebut dengan klik di penjuru kanan sebelah atas pada tanda pangkah atau close
*
Padam fail atau shorcut melalui safe mode.
*
Semasa safe mode, scan menggunakan SUPER antispyware (kebiasaannya spyware tidak aktif dalam safe mode)
*
Muat turun http://www.superantispyware.com/?tag=SUPERANTISPYWARE
*
Jangan ubah setting change homepage (SUPERantispyware) kerana mereka juga turut melakukan hijack pada homepage utama browser anda.

Perisian Anti Virus Untuk USB Drive

Sudah sekian lama anda mencari perisian anti virus khusus untuk USB drive yang mampu melindungi USB drive daripada dijangkiti oleh virus daripada PC? Seringkali bila anda membuat ‘troubleshooting’ atau memasang perisian tertentu pada komputer pelanggan menggunakan USB drive, kerap terjadi virus yang sudah sedia terdapat pada komputer itu akan menjangkiti USB drive anda.

Menurut laman web pendriveapps, perisian Mx One ini mampu menghalang USB drive anda dari dijangkiti oleh virus. Disamping itu ia juga mampu membuat imbasan kepada ‘boot sector’ drive anda untuk membuang segala autorun yang tidak diingini.

Anda boleh memuat turun pada laman web pendriveapps. Selamat mencuba.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

JENAKA

HA!!! BAWAK ENSET
PELAJAR MARKAH BI TERTINGGI

MANTAN KETUA TINGKATAN
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

4b student











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Copyright 2009 4_5 BESTARI
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates